
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih meskipun prestasi Wall Street semalaman yang lemah.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.39 mata kepada 1,703.69 daripada 1,702.30 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.31 mata lebih tinggi pada 1,702.61.
Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 205 berbanding 127, manakala 304 kaunter tidak berubah, 2,123 tidak diniagakan dan 13 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 212.37 juta saham bernilai RM143.83 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street menurun berikutan ketegangan yang memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran.
“Sehubungan itu, harga minyak mentah melonjak dengan minyak Brent kembali mencecah sekitar AS$96 setong, manakala hasil Perbendaharaan AS 10 tahun kekal mendatar pada 4.258 peratus,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, beliau berkata FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,695 hingga 1,710 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM11.28, Public Bank turun satu sen kepada RM4.68, Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM14.48, CIMB Group naik tujuh sen kepada RM7.66, manakala IHH Healthcare berkurangan tiga sen kepada RM8.75.
Bagi saham aktif, pendatang baharu Pasaran Utama MTT Shipping tidak berubah pada RM1.03, TWL Holdings susut setengah sen kepada dua sen, Euro Holdings melonjak 1.5 sen kepada 6.5 sen, VS Industry menambah satu sen kepada 20 sen dan Zetrix AI meningkat 0.5 sen kepada 86 sen.
Dalam kalangan kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries naik 30 sen kepada RM34.50, Petronas Dagangan menambah 16 sen kepada RM20.36, VSTECS meningkat 10 sen kepada RM5.06, Malayan Cement naik sembilan sen kepada RM7.29 dan MN Holdings bertambah lapan sen kepada RM2.19.
Bagi kaunter rugi utama, Hong Leong Bank turun 12 sen kepada RM22.28, UMS Integration susut sembilan sen kepada RM6.06, Petronas Chemicals merosot tujuh sen kepada RM5.24, manakala Press Metal dan Hong Leong Capital masing-masing berkurangan enam sen kepada RM7.88 dan RM3.23.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 15.92 mata kepada 12,399.70, Indeks FBM Emas menambah 18.48 mata kepada 12,561.83, Indeks FBM Mid 70 naik 47.52 mata kepada 17,736.10, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 23.65 mata kepada 12,447.32 dan Indeks FBM ACE menokok 24.99 mata kepada 4,607.97.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.35 mata kepada 20,011.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.60 mata kepada 186.12, Indeks Tenaga meningkat 0.63 mata kepada 806.69, manakala Indeks Perladangan naik 3.89 mata kepada 8,876.01.- Bernama