Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Waterfront 4.8 kilometer hubungkan Limbungan Brooke dan Satok
  • TEMPATAN

Waterfront 4.8 kilometer hubungkan Limbungan Brooke dan Satok

Utusan Sarawak 1 day ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada majlis perasmian Muzium Warisan Industri Limbungan Brooke semalam. Foto Nadya Victoria 

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang pembangunan laluan tebingan sepanjang 4.8 kilometer bagi menghubungkan Muzium Warisan Industri Limbungan Brooke dengan Jambatan Satok sebagai usaha memperkukuh tarikan pelancongan di bandar raya ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan kos keseluruhan mencecah ratusan juta ringgit.

Menurut beliau, fasa pertama dijangka bermula tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM160 juta, manakala fasa kedua melibatkan kos sekitar RM400 juta.

 MUZIUM Warisan Industri Limbungan Brooke yang dibuka secara rasmi semalam mengetengahkan kesinambungan legasi sejarah perindustrian Sarawak. Foto Adele Rissa

“Laluan ini bukan sahaja mencantikkan bandar raya Kuching, malah menghubungkan warisan sejarah dengan budaya masyarakat di kawasan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzium Warisan Industri Limbungan Brooke di sini, semalam. 

Abang Johari berkata, pembangunan tersebut akan menampilkan reka bentuk seni bina bertingkat yang tidak menjejaskan kediaman penduduk setempat.

Katanya, laluan itu juga membolehkan orang ramai berjalan kaki dari kawasan Limbungan Brooke hingga ke Pasar Satok.

Tambah beliau, kawasan berkenaan mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana pernah menjadi pusat aktiviti perdagangan dan pembaikan kapal pada suatu ketika dahulu.

Menurutnya, pembangunan itu selari dengan perancangan kerajaan untuk menghidupkan semula kawasan bersejarah sebagai produk pelancongan yang berdaya saing.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ketua Polis Daerah Padawan santuni pesara penerima Pingat Gagah Berani (PGB) sempena Hari Polis ke-219
Next: Muzium Limbungan Brooke perkukuh warisan industri Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.