Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 21 suspek ahli kongsi gelap ditahan di bawah SOSMA di Sarawak
  • JENAYAH

21 suspek ahli kongsi gelap ditahan di bawah SOSMA di Sarawak

Utusan Sarawak 16 hours ago
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah.

KUCHING: Kesemua 21 individu tempatan yang dipercayai ahli kongsi gelap terlibat dalam jenayah ganas di seluruh Sarawak telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah mengesahkan kepada Utusan Sarawak bahawa semua yang ditahan telah diletakkan di bawah SOSMA.

Beliau berkata penahanan tersebut bukan penamat kepada tindakan pihak polis terhadap kumpulan sedemikian.

“Ini bukan penghujung. Polis tidak akan berkompromi dengan kegiatan gangsterisme dan jenayah ganas.

“Operasi akan diteruskan dan mereka yang terlibat diberi amaran supaya menghentikan aktiviti mereka serta merta kerana polis akan terus mengambil tindakan terhadap kumpulan seperti ini,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Operasi khas itu menyasarkan satu kumpulan kongsi gelap ganas yang aktif sejak 2024 di Kuching, Samarahan, Siburan dan Padawan.

Menurut Mohd Zainal, operasi tersebut merupakan usaha proaktif Jabatan Siasatan Jenayah untuk melumpuhkan sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerasan, menyebabkan kecederaan parah serta rusuhan menggunakan senjata yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk.

Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

“Gangsterisme, dadah dan aktiviti haram mesti dihapuskan di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar Muthuvela dalam satu kenyataan berkata siasatan dijalankan di bawah beberapa peruntukan Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 148 bagi kesalahan merusuh dengan senjata, Seksyen 326 menyebabkan kecederaan parah dengan senjata, Seksyen 384 pemerasan, Seksyen 394 menyebabkan kecederaan ketika samun, Seksyen 427 khianat, dan Seksyen 436 khianat menggunakan api atau bahan letupan.

Beliau menegaskan bahawa polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme dan jenayah ganas bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan awam.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi membantu membanteras jenayah di negeri ini.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah miliki dadah, lelaki tempatan dicekup polis di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.