Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki positif dadah ditahan di Lawas
  • JENAYAH

Tiga lelaki positif dadah ditahan di Lawas

Utusan Sarawak 9 hours ago
POSITIF DADAH…tiga lelaki ditangkap positif dadah di Lawas.  

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan tiga lelaki yang didapati positif dadah dalam dua operasi berasingan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, sepasukan polis terlebih dahulu menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 35 dan 45 tahun di pekan Trusan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan terhadap badan dan kenderaan tidak menemui sebarang barang salah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekitar jam 4.45 petang hari sama, seorang lagi lelaki tempatan berusia 31 tahun turut ditahan di Jalan Merapok, Lawas atas kesalahan sama.

“Pemeriksaan ke atas badan dan kenderaan suspek juga tidak menemui sebarang barang salah atau dadah,” katanya.

Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek mempunyai empat kesalahan terdahulu, manakala dua lagi tidak mempunyai rekod berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 21 suspek ahli kongsi gelap ditahan di bawah SOSMA di Sarawak
Next: Sarawak PGA rampas RM32.23 juta dalam operasi antipenyeludupan April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.