
LAWAS: Paras air mentah yang kritikal di Loji Rawatan Air Trusan menjejaskan bekalan air di seluruh kawasan Lawas, menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).
Dalam satu notis, JBALB memaklumkan gangguan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kawasan Jalan Punang, Kuala Lawas dan Merapok kerana ketiga-tiga lokasi tersebut menerima bekalan daripada loji rawatan air yang berasingan.

Menurut kenyataan itu, Loji Rawatan Air Trusan kini hanya mampu beroperasi pada separuh kapasiti berikutan paras air yang rendah susulan musim kemarau.
“Keadaan kawasan pengambilan air mentah yang kritikal dan terlalu cetek menyebabkan operasi loji hanya dapat dijalankan pada separuh kapasiti sepanjang musim kemarau ini,” menurut JBALB Bahagian Limbang.
Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah bagi keperluan harian.
Oleh Adeng Edrus