Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kembara JoW perkukuh akses rakyat kepada keadilan, selari prinsip ihsan – Azalina
  • NASIONAL

Kembara JoW perkukuh akses rakyat kepada keadilan, selari prinsip ihsan – Azalina

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Pejabat Bahagian Pembelaan Awam, Pelancaran Kembara Justice on Wheels (JoW) dan Pentauliahan Pegawai Pengantara Jabatan Bantuan Guaman, di Putrajaya, hari ini. Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Kembara Justice on Wheels (JoW) dilihat tepat pada masanya dalam mendepani cabaran semasa, sekali gus memperkukuh akses rakyat kepada keadilan berteraskan prinsip Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata inisiatif itu bertujuan membantu Jabatan Bantuan Guaman (JBG) peringkat negeri untuk memperbanyak perkhidmatan secara terus kepada masyarakat, khususnya bagi komuniti luar bandar, pedalaman dan golongan berpendapatan rendah.

“Yang lebih penting ialah akses kepada keadilan diletakkan sebagai satu daripada elemen kerajaan MADANI, iaitu ihsan. 

“Dengan cabaran yang berlaku pada dunia ketika ini, kerajaan MADANI prihatin membuat persediaan tahun 2025, tahun 2026 ini kita melaksanakan dengan menganggarkan bahawa cabaran pada rakyat lebih besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pejabat Bahagian Pembelaan Awam, Pelancaran Kembara Justice on Wheels (JoW) dan Pentauliahan Pegawai Pengantara Jabatan Bantuan Guaman, di Putrajaya, hari ini.

Kembara JoW ialah inisiatif strategik berbentuk perkhidmatan melalui van bergerak yang diaspirasikan oleh Azalina, bermatlamat menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman secara terus kepada komuniti, termasuk di kawasan luar bandar melalui kenderaan yang diubah suai sebagai pejabat mini.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk nasihat guaman secara percuma, permohonan bantuan guaman serta program pendidikan dan kesedaran undang-undang.

JABATAN Bantuan Guaman melancarkan Justice On Wheels (JoW) dalam usaha memperluas akses guaman kepada orang ramai. Foto: Bernama

Azalina berkata pendekatan itu penting bagi memastikan rakyat tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada kehadiran fizikal di pejabat kerajaan untuk mendapatkan bantuan guaman.

Memperincikan perkhidmatan itu, beliau berkata pelaksanaan JoW boleh diperluas mengikut kesesuaian, termasuk beroperasi di luar waktu pejabat atau pada hari cuti serta ke peringkat daerah dengan penglibatan wakil rakyat.

“Saya kalau boleh nak minta mereka gerak di semua kawasan Parlimen sebagai permulaan sebelum diperluas ke peringkat daerah. Tak kisahlah parlimen pembangkang ke parlimen kerajaan, yang penting kita beri khidmat guaman,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Beliau berkata langkah itu diyakini dapat memperbanyak capaian perkhidmatan guaman, khususnya di luar bandar, selaras komitmen kerajaan untuk memastikan akses kepada keadilan lebih inklusif dan menyeluruh.

Pelancaran 11 van baharu Kembara JoW memberikan keyakinan kepada JBG bahawa liputan program itu dapat diperluas secara lebih efektif ke seluruh negara, selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI untuk membina sistem keadilan yang inklusif, responsif dan berjiwa rakyat. – Bernama 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MOT fokus tambah baik SOP sistem pengendalian bagasi KLIA
Next: Harga bekalan makanan kekal stabil – FAMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.