Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bapa sanggup heret anak 16 tahun beli dadah ditahan AADK Sri Aman
  • JENAYAH

Bapa sanggup heret anak 16 tahun beli dadah ditahan AADK Sri Aman

Utusan Sarawak 4 hours ago
PELAKSANAAN Operasi Perdana Bil.2/2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 April lalu di sekitar Bahagian Sri Aman. Foto AADK Sarawak

SIMANGGANG: Tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa yang sanggup mengheret anak remajanya berusia 16 tahun untuk membeli dadah terbongkar dalam operasi khas yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sri Aman, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media AADK Sarawak, kejadian itu dikesan ketika pelaksanaan Operasi Perdana Bil.2/2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 April lalu di sekitar daerah berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, suspek lelaki terbabit didapati tanpa rasa bersalah membawa anaknya bersama ketika mendapatkan bekalan dadah bagi memenuhi ketagihannya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kebajikan remaja itu.

PELAKSANAAN Operasi Perdana Bil.2/2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 April lalu di sekitar Bahagian Sri Aman. Foto AADK Sarawak

Operasi bersepadu itu melibatkan empat pegawai dan 11 anggota penguat kuasa, diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Sarawak, Mohamed Izuan Abdul Rahman.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 25 individu berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Serbuan tertumpu di beberapa lokasi dikenal pasti berisiko tinggi termasuk kawasan perkampungan dan laluan utama sekitar Sri Aman seperti Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Tengah, Kampung Sabu, Kampung Entulang Bungkang, Jalan Paderi, Jalan Sembauh, Tanjung Bijat, Bakong, Gran, Stumbin, Abok, Selepong, Kampung San Raba, Batu Lintang, Engkilili serta Lubok Antu.

PELAKSANAAN Operasi Perdana Bil.2/2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 April lalu di sekitar Bahagian Sri Aman. Foto AADK Sarawak

Daripada jumlah tangkapan, seramai 21 lelaki dan empat wanita didapati positif dadah, melibatkan methamphetamine seramai 20 orang, ketamine seorang, ganja seorang serta tiga individu positif bahan mytragynine (ketum).

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan 1983 bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

AADK Daerah Sri Aman menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi secara berterusan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, di samping memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Adik ditahan cuba serang kakak kerana pertikaian hasil sawit
Next: Lelaki warga asing ditahan cuba larikan diri dari sekatan jalan raya di Engkilili 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.