Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Adik ditahan cuba serang kakak kerana pertikaian hasil sawit
  • JENAYAH

Adik ditahan cuba serang kakak kerana pertikaian hasil sawit

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai mengugut serta cuba menyerang kakak kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Gerigat, Kabong, Rabu lalu. Foto IPD Saratok

SARATOK: Hanya kerana berang dihalang daripada mengambil hasil sawit milik keluarga, seorang lelaki bertindak agresif dengan cuba menyerang kakak kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Gerigat, Kabong, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang suri rumah berusia 34 tahun yang mendakwa diancam oleh adik lelakinya sendiri dalam insiden berkenaan.

Menurut beliau, kejadian pada 15 April itu bermula apabila berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek selepas mangsa melarang lelaki berusia 26 tahun itu daripada mengerjakan kebun sawit milik keluarga mereka, sekali gus mencetuskan kemarahan suspek.

Suspek kemudian didakwa cuba melanggar kakaknya menggunakan sebuah motosikal sebelum bertindak lebih agresif dengan cuba memukul mangsa menggunakan sebatang besi, namun tindakan itu berjaya dihalang oleh datuk mereka yang berada di lokasi kejadian.

Tidak terhenti di situ, suspek turut mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan terhadap mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berjaya memberkas suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kabong kira-kira 7.40 malam, sehari selepas kejadian.

DSP Mathew berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dihalang mengambil buah sawit, selain mengaku telah membuang besi yang digunakan dalam kejadian itu ke dalam semak di tepi jalan Gerigat/Nyabor.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine berdasarkan ujian saringan air kencing, dan mengaku mengambil bahan terlarang itu sehari sebelum kejadian.

Tambahnya, suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang, melupuskan harta curi serta kesalahan berkaitan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan suspek akan dibawa ke muka pengadilan untuk tindakan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama syabu dalam Ops Bersepadu di Mukah
Next: Bapa sanggup heret anak 16 tahun beli dadah ditahan AADK Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.