SEPERTI dijangka MY Team telah muncul juara dalam perlawanan akhir futsalPiala Skuad Antidadah Mukah 2020
yang berlangsung di Stadium Tertutup Kementerian Belia Sukan Mukah baru-baru ini.
Dengan kemenangan tersebut mereka membawa pulang piala pusingan, piala iringan, medal, sijil dan sebuah hamper.
Naib juara milik Sesuka Ft sekali gus berjaya membawa balik piala iringan, medal, sijil dan hamper.
Mankala, Akademi Setia Raja Mukah meraih tempat ketiga dan berpuas hati dengan piala iringan, medal, sijil dan hamper.
Pertandingan futsal bertemakan ‘Stay Safe, Stay Away From Drugs’ it, juga menyaksikan Petanak Unknown Ft yang menduduki tempat keempat, mendapat siji dan hamper.
Selain itu, pengajur turut menyediakan hadiah saguhati berupa siji dan hamper kepada Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Skuad Antidadah Mukah, The Family FT dan The Family FC.
Hadiah kepada pemenang tdisampaikan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsann(AADK) Daerah Mukah, Felynora Joseph Na.
Acara berkenaan adalah anjuran bersama AADK Mukah, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah(PBPM), Skuad Antidadah Mukah dan Mukah Youth Volunteers
Turut hadir Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Mukah Royston Valentine, Jurulatih Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah Aubrey Sherod dan Jurulatih Penjaga Gawang Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah Henry Anyie.
Menurut Royston, kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat AADK Daerah bersama Skuad Antidadah Mukah.
“Pada tahun ini Pertubuhan Belia Parlimen Mukah telah bekerjasama dalam menjayakan penganjurannya. Perlawanan diadakan secara tertutup atas sebab pematuhan prosedur standrad operasi (SOP) yang telah ditetapkan untuk penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan( PKPP) ini,” tambahnya.
Sebanyak lapan pasukan jemputan turut serta termasuk Pasukan Sesuka FT yang merupakan penyandang Juara bagi penganjuran edisi yang lepas.
Oleh HENRY SIYU