Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesir berjaya  dapatkan semula 13 artifak diseludup dari AS
  • GLOBAL

Mesir berjaya  dapatkan semula 13 artifak diseludup dari AS

Utusan Sarawak 11 hours ago
MESIR berjaya bawa pulang 13 artifak bersejarah yang diseludup dari AS, demi memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang.

CAIRO:  Mesir berjaya mendapatkan semula 13 artifak yang diseludup secara haram dari Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Jumaat dalam kenyataan, lapor Xinhua.

Menteri Sherif Fathy berkata usaha itu adalah sebahagian strategi Mesir untuk memelihara warisan budayanya yang unik.

Beliau menegaskan komitmen negara untuk memulihkan semua barangan antik yang diseludup dengan semua kaedah yang ada dan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa demi memastikan perlindungan warisan manusia itu untuk generasi akan datang.

Barangan yang ditemui termasuk pelbagai jenis pasu yang digunakan untuk bermacam tujuan, menurut Ketua Pengarah Jabatan Penghantaran Balik Antikuiti Shaaban Abdel-Gawad.

Barangan terkenal termasuk balang alabaster untuk minyak dan minyak wangi sejak abad ketujuh sebelum Masihi, bekas celak (kohl) berbentuk monyet Kerajaan Baru dan balang kosmetik Kerajaan Pertengahan berbentuk kucing, antara lain, katanya.

Penghantaran balik terbaru itu menandakan satu lagi kejayaan bagi kempen global Mesir untuk menuntut semula warisan yang dicuri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, negara itu telah mendapatkan semula puluhan ribu barangan antik yang diseludup dari pelbagai negara.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Hampir 200 bangkai anjing laut terdampar di pantai Caspian Kazakhstan
Next: 10 maut, bas mini jatuh gaung di selatan India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.