Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun, 8 lagi negara setuju kurangkan 5 peratus kuota tangkapan ikan sanma
  • GLOBAL

Jepun, 8 lagi negara setuju kurangkan 5 peratus kuota tangkapan ikan sanma

Utusan Sarawak 7 hours ago

TOKYO:  Jepun, China dan tujuh anggota lain Suruhanjaya Perikanan Pasifik Utara bersetuju pada Jumaat untuk mengurangkan kuota tangkapan ikan sanma bagi gabungan mereka sebanyak lima peratus iaitu daripada 202,500 tan metrik semasa pada 2026, menurut Agensi Perikanan Jepun, lapor Kyodo News.

Persetujuan sembilan anggota itu yang juga termasuk Taiwan, Korea Selatan dan Rusia, pada persidangan yang bermula Selasa di Osaka tidak mencapai cadangan Jepun untuk pengurangan 10 peratus bagi membantu memulihkan stok sanma yang telah habis.

Jumlah tangkapan yang dibenarkan merangkumi kawasan termasuk perairan antarabangsa serta zon ekonomi eksklusif (ZEE) Jepun dan Rusia.

Kerajaan Jepun menggesa kuota yang lebih ketat di perairan antarabangsa, menyatakan hasil penangkapan ikan yang tinggi oleh China dan Taiwan.

Suruhanjaya itu turut bersetuju untuk mengurangkan kuota sebanyak 10 peratus pada 2027, menurut agensi berkenaan.

Kuota Jepun pada 2025 berjumlah sekitar 16,000 tan di perairan antarabangsa manakala sejumlah 81,000 tan diperuntukkan untuk Jepun dan Rusia dalam ZEE mereka.

Jepun menangkap kira-kira 64,800 tan ikan pada 2025 di bawah kuotanya namun meningkat 1.7 kali ganda daripada tahun sebelumnya apabila Oyashio Current yang kaya dengan nutrien menghampiri Jepun, menurut kementerian itu.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan telah menurun sekitar 80 peratus berbanding (musim) kemuncak terkini pada 2008.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Lukisan Monet yang ditemukan semula terjual AS$12 juta di lelongan Perancis
Next: Hampir 200 bangkai anjing laut terdampar di pantai Caspian Kazakhstan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.