Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mesyuarat MPKN Sarawak perkukuh hala tuju gerakan koperasi
  • BISNES

Mesyuarat MPKN Sarawak perkukuh hala tuju gerakan koperasi

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan mempengerusikan Mesyuarat MPKN Sarawak Bil. 1 Tahun 2026 hari ini.

KUCHING: Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Sarawak merupakan platform penting yang menghimpunkan wakil kerajaan Sarawak dan Persekutuan, agensi berkaitan serta gerakan koperasi bagi membincangkan perkembangan semasa dan hala tuju pembangunan koperasi di negeri ini agar dilaksanakan secara lebih tersusun, inklusif dan berkesan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah mempengerusikan Mesyuarat MPKN Sarawak Bil. 1 Tahun 2026 di Kuching, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut menekankan usaha memperkukuh kapasiti dan daya saing koperasi melalui peningkatan pengurusan profesional, peluasan akses kepada pembiayaan serta penyediaan fasiliti perniagaan yang lebih komprehensif, termasuk peluang promosi perdagangan antarabangsa dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global.

Dalam pada itu, koperasi di Sarawak digalakkan untuk memainkan peranan lebih aktif dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dengan merebut peluang dalam rantaian nilai dan bekalan, seiring dengan perkembangan pelaburan yang pesat di negeri ini.

Difahamkan, dalam tempoh lima tahun lepas, nilai pelaburan diluluskan di Sarawak telah melebihi RM116 bilion, dengan tahun 2025 sahaja mencatatkan lebih RM16 bilion, sekali gus membuka ruang luas kepada penyertaan sektor koperasi.

DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama ahli mesyuarat MPKN Sarawak Bil. 1 Tahun 2026 di Kuching, hari ini.

Sehubungan itu, koperasi turut disaran meneroka sektor ekonomi baharu termasuk tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, semikonduktor, pendigitalan dan keterjaminan makanan bagi memastikan kelangsungan serta daya saing jangka panjang.

Prestasi gerakan koperasi Sarawak sehingga 31 Disember 2025 menunjukkan perkembangan positif dengan 1,212 koperasi berdaftar, 323,122 anggota, jumlah yuran sebanyak RM232.32 juta, aset RM718.59 juta serta perolehan RM486.92 juta.

Perkembangan tersebut mencerminkan kekuatan dan potensi besar sektor koperasi dalam menyumbang kepada ekonomi Sarawak, selain memperkukuh peranannya sebagai pemacu pertumbuhan inklusif dan mampan.

MPKN terus berperanan sebagai platform utama dalam membincangkan cabaran serta merangka penyelesaian mampan dengan sokongan berterusan agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia.

Melalui kerjasama bersepadu semua pihak, gerakan koperasi diyakini akan terus relevan, berdaya saing dan kekal sebagai antara pemangkin utama pembangunan ekonomi negeri Sarawak.

Oleh Norman Ebenezer

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: KDNK suku pertama Malaysia tumbuh 5.3 peratus, kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.