Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 4,500 banduan terima pengampunan di Myanmar
  • GLOBAL

Lebih 4,500 banduan terima pengampunan di Myanmar

Utusan Sarawak 7 hours ago
FOTO hiasan.

YANGON: Presiden Myanmar U Min Aung Hlaing hari ini memberi pengampunan kepada lebih 4,500 banduan pada hari pertama tahun baharu kalendar Myanmar, lapor Xinhua memetik Myanmar Radio and Television milik kerajaan.

Presiden itu memberi pengampunan kepada 4,335 banduan warga Myanmar dan 179 banduan warga asing menerusi perintah berasingan sempena tahun baharu, menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, pengampunan berkenaan diberikan sempena Tahun Baharu tradisional Myanmar, bertujuan membawa keamanan dan nilai kemanusiaan kepada masyarakat serta membolehkan individu yang diampunkan mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

Menurut perintah itu, sekiranya mana-mana individu yang diampunkan mengulangi kesalahan, mereka dikehendaki menjalani kedua-dua hukuman baharu dan baki hukuman terdahulu.

Sementara itu, banduan warga asing yang diampunkan akan diusir keluar dari negara itu.

Dalam perintah berasingan, presiden turut mengurangkan hukuman sebilangan banduan di seluruh negara, termasuk menukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup, menetapkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman melebihi 40 tahun kepada tempoh penjara 40 tahun, serta mengurangkan hukuman 40 tahun ke bawah sebanyak satu perenam.

Tahun lepas, lebih 4,900 banduan diberi pengampunan sempena tahun baharu tradisional Myanmar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penyanyi rap D4vd ditahan berkaitan kes pembunuhan remaja
Next: Serigala ditangkap, dikembalikan ke zoo Korea Selatan selepas 9 hari terlepas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.