Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki rentung dalam nahas lori, kereta di Jalan Miri By Pass
  • KEMALANGAN

Lelaki rentung dalam nahas lori, kereta di Jalan Miri By Pass

Utusan Sarawak 14 hours ago
TERBAKAR… Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran pada kenderaan yang terbakar selepas kemalangan di Jalan Miri By Pass di Miri pagi tadi. Foto BBP Lopeng

MIRI: Seorang lelaki ditemukan rentung selepas kenderaan dinaikinya terbakar dalam kemalangan membabitkan lori muatan tanah di Jalan Miri By Pass, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.31 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Roy Hakimi Arikan @ Ariken, 40, disahkan maut di lokasi selepas terperangkap dalam kereta  yang terbakar sepenuhnya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, kebakaran berlaku susulan kemalangan antara kereta berkenaan dengan lori muatan tanah.

“Setibanya di lokasi, didapati lori terbakar 100 peratus di bahagian hadapan manakala kereta dinaiki mangsa terbakar sepenuhnya.

“Terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan ketika api sedang marak dan disahkan rentung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TERBAKAR… Keadaan kereta yang musnah terbakar dalam kemalangan di Jalan Miri By Pass, di Miri mengorbankan seorang mangsa, pagi tadi. Foto BBP Lopeng

Operasi pemadaman dijalankan oleh tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera.

Pasukan bomba turut menggunakan bantuan lori lain untuk menarik kenderaan berat yang terbabit bagi memudahkan operasi.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas api dipadamkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya

Operasi itu tamat sepenuhnya pada 10.59 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut motosikal kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Durin
Next: Rakyat Malaysia antara lapan terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.