Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tambang penerbangan sehala Sibu-Kuching RM969 disifatkan tidak masuk akal
  • SEMASA

Tambang penerbangan sehala Sibu-Kuching RM969 disifatkan tidak masuk akal

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA PEMUDA PUSAT SUPP... Kaunselor Kevin Lau Kor Jie.

SIBU: Tambang penerbangan sehala dari Sibu ke Kuching dengan AirAsia dilaporkan melonjak sehingga RM969, satu kadar yang disifatkan tidak masuk akal.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mempertimbangkan penetapan had harga bagi tambang penerbangan.

“Tambang penerbangan sehala dari Sibu ke Kuala Lumpur hari ini mencatatkan kadar tertinggi hanya RM439, manakala tambang RM969 bagi laluan Sibu–Kuching adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah.

“Sehubungan itu, saya menerima banyak aduan daripada orang ramai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendedahkan bahawa harga tiket sehala dari Sibu ke Kuching bagi esok (18 April) berada dalam lingkungan RM409 hingga RM749, yang masih jauh lebih tinggi berbanding tambang RM175 hingga RM319 bagi penerbangan dari Sibu ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sabah serta Sarawak mempunyai had tambang sebanyak RM499 ketika musim perayaan.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa tambang bagi laluan yang jauh lebih pendek boleh menjadi begitu mahal.

“Penerbangan sehala dari Sibu ke Kuching hanya mengambil masa kira-kira 35 minit, manakala dari Sibu ke Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam lima minit. Atas asas apa tambang bagi laluan Sibu–Kuching ditentukan?” soalnya.

Beliau berharap dengan kemasukan AirBorneo bermula Julai ini, yang menawarkan harga tiket lebih kompetitif, AirAsia tidak lagi memonopoli laluan tersebut.

Katanya, persaingan akan membantu menurunkan harga tambang dan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, selaras dengan objektif penubuhan AirBorneo oleh kerajaan Sarawak.

Beliau turut mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, baru-baru ini menyatakan syarikat penerbangan itu merancang memulakan operasi laluan serantau pada Julai, dengan Kuching sebagai hab operasi jetnya, sebelum memperluaskan rangkaian domestik dan antarabangsa secara berperingkat.

Selain operasi komersial, AirBorneo juga menggalas misi memperkukuh kesalinghubungan udara di Sarawak.

“Saya berharap AirBorneo akan memasukkan laluan Sibu–Kuching dalam operasinya bagi memberi manfaat kepada pengguna yang berulang-alik antara kedua-dua bandar ini,” tambahnya.

Kevin turut menekankan bahawa Sarawak yang luas dan dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan menjadikan perkhidmatan udara sebagai elemen penting dalam memperkukuhkan hubungan wilayah.

“Walaupun syarikat penerbangan beroperasi berasaskan keuntungan, mereka perlu mengambil kira keperluan kesalinghubungan dan memastikan tambang kekal munasabah serta mampu milik untuk rakyat,” katanya.

Beliau menambah, Sibu merupakan pintu masuk ke wilayah tengah Sarawak. Lapangan Terbang Sibu bukan sahaja melayani penduduk Sibu, malah turut digunakan oleh masyarakat dari kawasan lain di wilayah tengah.

“Selain aspek kemudahan, perkhidmatan udara memainkan peranan penting dalam ekonomi, pelancongan, logistik dan aktiviti perniagaan di Sibu serta wilayah tengah Sarawak. Oleh itu, tambang sehala RM969 bagi laluan Sibu–Kuching adalah tidak boleh diterima,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6 magnitud gegar selatan Kepulauan Kermadec
Next: Bayi jalani pembedahan janin bagi Spina Bifida dalam keadaan baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.