Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuh raya MEX
  • HIBURAN

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuh raya MEX

Utusan Sarawak 9 hours ago
INSTAGRAM pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi).

SEPANG: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Instagram oleh pengurusnya, Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi), yang menyatakan kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah acara di RedQ AirAsia, Sepang.

Menurut beliau, kemalangan tersebut melibatkan empat kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Siti Nurhaliza.

Siti kemudian dibawa keluar dari kenderaan yang terlibat dan dipindahkan ke kereta lain sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau dilaporkan mengalami kecederaan ringan seperti lebam dan bengkak pada bahagian kaki.

Bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil dan selamat.

Pihak pengurusan turut menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas doa orang ramai.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Anak realisasi impian terakhir Ahmad Nawab menerusi “Sentuhan Emas”
Next: Empat agensi utama K-pop rancang usaha sama lancar festival global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.