
PADAWAN: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak petang semalam di kawasan luar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Balai Polis Tapah menerima laporan mengenai kehilangan remaja terbabit pada kira-kira jam 10.51 malam, semalam.
“Remaja berkenaan dikenali sebagai Peggy Boon Yee Sing, berbangsa Cina.
“Kali terakhir mangsa dilihat pada sekitar jam 6.30 petang di kawasan luar sekolah tersebut.
“Ketika dilaporkan hilang, mangsa memakai baju T-shirt PK berwarna biru serta seluar tracksuit berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSJD, Sarjan Mohd Khairul Wahab di talian 014-8635936 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233.
Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.
Oleh Masrin Affirah