Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • MK International sasar bantu lebih ramai kembali sihat dan cantik melalui teknologi
  • KESIHATAN

MK International sasar bantu lebih ramai kembali sihat dan cantik melalui teknologi

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENGASAS MK International Marketing Sdn Bhd, Winston Yoo (kanan), dan Pengarah Pembangunan Dr Chan Tse Yen (dua dari kanan), menerima pengiktirafan ASEAN Record daripada juri ASEAN Records dan ASIA Records, Gillian Ooi (dua dari kiri) dan Eldrick Koh (kiri), atas pembangunan siri semburan fungsian Teknologi Molekul Kuantum proprietari dengan perubahan struktur molekul dan komposisi unsur yang disahkan. — Foto Bernama

CYBERJAYA: MK International Marketing Sdn Bhd menyasarkan untuk membantu lebih ramai orang mendapat semula kesihatan dan kecantikan melalui teknologi, dan membawa mereka ke arah era bebas bahan kimia, kata Pengasasnya Winston Yoo.

MK International Marketing ialah sebuah perusahaan yang menumpukan penyelesaian kesihatan berasaskan teknologi, inovasi kecantikan dan penjagaan kulit, penyelidikan dan pembangunan sistem nutrisi sel, serta peluasan pasaran global.

Syarikat itu komited untuk mentakrif semula pengurusan kesihatan manusia melalui teknologi, membina jenama kesihatan bertaraf dunia yang berteraskan MK Cellular Nutrition System, didukung oleh Quantum Molecular Technology yang maju.

Produknya dipasarkan terutamanya melalui e-dagang penstriman langsung serta platform peruncitan sosial dan kini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, China dan United Kingdom, dengan pengembangan dirancang ke Vietnam.

“Dalam tempoh sedekad akan datang, kesihatan dan kecantikan tidak lagi menjadi persaingan produk, tetapi persaingan teknologi dan sistem,” kata Yoo kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat berkenaan kini telah diiktiraf dalam ASEAN Records dan ASIA Records kerana membangunkan siri semburan berfungsi Quantum Molecular Technology proprietari dengan perubahan struktur molekul dan komposisi unsur yang disahkan.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh juri ASEAN Records dan ASIA Records Gillian Ooi dan Eldrick Koh kepada Yoo serta Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Dr Chan Tse Yen pada satu majlis yang diadakan hari ini.

Yoo berkata, pengiktirafan itu meletakkan syarikat berkenaan di barisan hadapan dalam inovasi kecantikan dan kesihatan berasaskan molekul, dengan pensijilan meliputi lima produk, iaitu MK8, MK10, MK13, MK20 dan MK33, yang direka untuk kegunaan pada bahagian tubuh tertentu.

MK8 ialah semburan pemulihan untuk menyokong kesejahteraan tubuh secara keseluruhan dan keseimbangan metabolik, MK10 pula semburan kebersihan, manakala MK13 ialah semburan wajah yang membantu mengatasi kekeringan, kulit kusam, sensitiviti dan tanda penuaan.

Produk MK20, katanya, memberikan tumpuan kepada penjagaan kawasan periokular atau sekitar mata dalam konsep nutrisi sel MK bagi gaya hidup moden dengan penggunaan skrin yang tinggi, manakala MK33 ialah semburan untuk rambut dan kulit kepala.

“Pengiktirafan ini mengesahkan kedudukan syarikat sebagai jenama berasaskan teknologi yang sekian lama, dengan produk kami telah berada di pasaran lebih 15 tahun.

“Ini ialah produk teknologi. Air adalah tulen, tanpa bahan tambahan atau kimia, menjadikannya selamat digunakan tanpa kebimbangan terhadap kesan sampingan,” katanya sambil menambah pengguna boleh melihat hasil dalam tempoh yang agak singkat selepas penggunaan.

Yoo berkata, sambutan pengguna yang kukuh terhadap produk syarikat diterjemahkan kepada jualan bernilai lapan angka, disokong oleh pembelian berulang di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sementara itu, Chan berkata produk berkenaan secara asasnya berbeza daripada produk konvensional kerana diformulasikan menggunakan 100 peratus air tanpa bahan kimia, tambahan, pengawet atau pewangi.

Beliau berkata, teknologi itu mengubah air pada tahap molekul melalui proses yang mengurangkan saiz kluster molekul, sekali gus membolehkan penyerapan lebih baik unsur surih semula jadi dalam air yang bertindak sebagai nutrien kepada sel.

“Apabila kita bercakap tentang produk, kita sering merujuk kepada bahan kimia dan potensi kesan sampingan. Yang kami tawarkan di sini ialah air semata-mata, dipertingkatkan melalui Quantum Molecular Technology untuk memberikan fungsi tertentu.

“Air biasa hanya membersihkan. Dengan teknologi ini, air boleh melembapkan kulit, menyokong fungsi sel dan membaiki keadaan kulit secara keseluruhan,” katanya. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Bekalan ubatan domestik stabil, orang ramai disaran elak pembelian panik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.