Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM39.68 juta disalurkan Tabung Baitulmal Sarawak kepada asnaf setakat 31 Mac
  • Utara
  • WILAYAH

RM39.68 juta disalurkan Tabung Baitulmal Sarawak kepada asnaf setakat 31 Mac

Utusan Sarawak 10 hours ago
SILATURAHIM…Nor Nadiah bersama Ramlan, pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, ketua agensi kerajaan lain dan warga TBS bergambar kenangan.  

LIMBANG: Sejumlah RM39.68 juta peruntukan disalurkan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) kepada para asnaf yang layak di negeri ini setakat 31 Mac tahun ini.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata jumlah itu disalur melalui empat program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Membangunkan Institusi Islam, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Peningkatan Kemahiran Ummah.

Beliau berkata TBS terus memperluas program termasuk Hari Bersama Pelanggan TBS bersempena sambutan Aidilfitri bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya.

“Majlis ini menjadi platform untuk meraikan para pelanggan dan golongan asnaf, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara TBS dengan masyarakat setempat.

“Penganjuran majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan kepada para pembayar zakat, penerima bantuan, para amilin, serta kerjasama erat daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun dan rakan strategik yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya kaunter perkhidmatan produk TBS turut disediakan bagi memberi peluang kepada masyarakat awam mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk bantuan, urusan pembayaran zakat serta perkhidmatan Iain yang ditawarkan.

Hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Bahagian TBS Bahagian Limbang Nor Nadiah Abas, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan dan tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan jalan baharu sepanjang 6.25 kilometer memendekan perjalanan
Next: 184 buah rumah panjang jadi fokus lawatan pra Gawai di DUN Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.