Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja berpasukan asas kejayaan kepimpinan berkesan dalam JCI Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja berpasukan asas kejayaan kepimpinan berkesan dalam JCI Sarikei

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEMANCA Chan Phan Chan menerima cenderamata daripada pengerusi penganjur majlis pelantikan dan jamuan anugerah ke-48 JCI Sarikei, Chi En Huey (kiri), sambil disaksikan oleh Presiden Tempatan JCI Sarikei, Wong Siew Wu. 

SARIKEI: Semangat kerja berpasukan dan sokongan bersama menjadi asas utama kejayaan kepimpinan berkesan dalam organisasi belia seperti Junior Chamber International (JCI) Sarikei.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata kepimpinan bukanlah satu perjalanan secara bersendirian, sebaliknya perlu dibina melalui kepercayaan, kerjasama dan komitmen bersama dalam kalangan barisan kepimpinan organisasi.

“Kepada barisan Lembaga Pengarah JCI Sarikei, kepimpinan bukanlah satu perjalanan secara individu. 

“Ia dibina atas semangat kerja berpasukan, kepercayaan dan komitmen bersama.

“Saya menggalakkan anda semua untuk saling menyokong antara satu sama lain dan bekerjasama dalam mewujudkan impak yang bermakna kepada komuniti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pemanca Chan Phan Chan selaku wakilnya ketika merasmikan majlis pelantikan dan jamuan anugerah ke-48 JCI Sarikei, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan tahniah kepada Presiden Tempatan JCI Sarikei, Wong Siew Wu bersama barisan kepimpinan lembaga pengarah baharu yang dilantik, sambil menyifatkan keberanian dan kesediaan pemimpin muda tampil ke hadapan sebagai satu perkembangan positif kepada masa depan organisasi tersebut.

Katanya, walaupun perjalanan kepimpinan seseorang pemimpin mungkin bermula dari peringkat awal, kesungguhan untuk belajar, pemikiran positif dan komitmen untuk berkhidmat merupakan ciri penting dalam membentuk pemimpin berwibawa.

“Sekalung penghargaan kepada Lembaga Pengarah JCI Sarikei 2025 dan semua presiden terdahulu atas sumbangan dan bimbingan yang telah meletakkan asas kukuh kepada perkembangan berterusan JCI Sarikei sehingga hari ini.

“Semasa kita meraikan majlis ini, marilah kita ingat bahawa kepimpinan bukanlah tentang jawatan, tetapi tentang membawa perubahan iaitu berkhidmat dengan hati, memimpin dengan integriti dan memperkasa orang lain,” katanya.

Tiong Sii turut menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Presiden Tempatan JCI Sarikei, Wong Siew Wu bersama pasukannya, organisasi tersebut mampu terus berkembang sebagai platform penting dalam melahirkan pemimpin muda yang berdaya saing dan berimpak kepada masyarakat.

Di majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada JCI Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak peruntuk hampir RM7 bilion perkasa sistem bekalan air seluruh negeri
Next: Anak Perantau Sarawak pemangkin utama pembangunan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.