Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai dijemput sertai pertandingan Pidato Toastmasters 19 April ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Orang ramai dijemput sertai pertandingan Pidato Toastmasters 19 April ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
JOANNA Then Poh Ding (lima kiri) menyampaikan surat jemputan rasmi kepada Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

KUCHING: Orang ramai dijemput menghadiri Pertandingan Pidato Bahagian D Toastmasters 2026 yang akan berlangsung pada Ahad ini, sekali gus menjadi antara acara utama dalam kalendar tahunan Toastmasters di Sarawak.

Pengarah Bahagian D Toastmasters dan Distinguished Toastmaster (DTM), Joanna Then Poh Ding berkata, pertandingan tersebut akan diadakan di Ibu Pejabat SUPP di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui.

Menurutnya, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian atas kesudian menaja lokasi serta jamuan makan dan minuman ringan bagi acara berkenaan.

 PROGRAM latihan Toastmasters Leadership Institute (TLI) Pusingan 2 bagi pegawai kelab yang diadakan di Ibu Pejabat SUPP baru-baru ini.

“Kami turut menjemput beliau untuk memeriahkan majlis sebagai tetamu kehormat,” katanya.

Joanna menjelaskan, acara tahunan itu menghimpunkan peserta dan ahli daripada 25 kelab Toastmasters di bawah Bahagian D yang meliputi kawasan Kuching, Bintulu, Miri serta Brunei.

Sepanjang pertandingan, tiga kategori akan dipertandingkan iaitu Pidato Antarabangsa, Penilaian dan Table Topics (ucapan spontan). Orang ramai juga berpeluang menyaksikan pertandingan yang dijalankan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.

Pertandingan akan bermula seawal 9.00 pagi dengan kategori Bahasa Malaysia dan Inggeris pada sebelah pagi, diikuti kategori Mandarin pada sebelah petang.

Tambahnya lagi, semua peserta yang bertanding merupakan juara di peringkat kawasan yang telah diadakan sebelum ini.

“Pemenang bagi setiap kategori di peringkat Bahagian D akan mewakili bahagian ini ke Pertandingan Pidato Daerah 87 Toastmasters International yang dijadual berlangsung di Sibu pada 16 dan 17 Mei 2026,” ujarnya.

Toastmasters International merupakan sebuah organisasi pendidikan bukan berasaskan keuntungan yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam persekitaran yang menyokong.

Kemasukan ke pertandingan adalah percuma, namun orang ramai perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan tempat adalah terhad berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Pintu libatkan lima rumah panjang, manfaatkan 158 pintu penduduk
Next: BBP Bintangor zahir penghargaan kepada PBK I Haron Jenai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.