
PADAWAN: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah, kata Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi.
Beliau berkata, laporan kehilangan remaja tersebut dibuat di Balai Polis Batu Kawa kira-kira pukul 4.55 petang pada 12 April.
Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang pada 8 April sekitar pukul 12.01 tengah malam dari Kampung Temenggong di sepanjang Jalan Matang, Telaga Air di sini.
Tambah beliau, kes berkenaan kini telah ditutup.
Oleh Connie Chieng