Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita tonggak pembangunan negeri dan negara
  • TEMPATAN

Wanita tonggak pembangunan negeri dan negara

Utusan Sarawak 9 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN…disaksikan (dari kanan) Ladin, Awangku Jinal Abedin, Datuk Mohd Zainal dan Henry Sum kelihatan Awang Tengah menunjukkan ketupat gergasi yang telah beliau potong sebagai simbolik perasmian.

LAWAS: Wanita hari ini memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan Sarawak dan Malaysia.


Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan wanita adalah tonggak kepada kesejahteraan keluarga, komuniti dan negeri.


Justeru itu adalah penting untuk pertubuhan seperti Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) bekerjasama dengan pertubuhan lain dan agensi kerajaan untuk memperkemaskan keupayaan wanita dalam semua aspek kehidupan dan kerja.


”Peranan wanita hari ini tidak lagi terbatas kepada keluarga, sebaliknya menjadi antara pemacu utama pembangunan negeri dan negara.


Saya mahu pertubuhan seperti ini menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan lain serta agensi kerajaan. Banyak perkara boleh dilaksanakan melalui kerjasama tersebut,” katanya pada majlis sambutan sempena ambang Hari Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) ke-64 dan Jalinan Mesra Aidilfitri PPWS Daerah Lawas di Stadium Tertutup Lawas, semalam.


Turut sama hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pengerusi PPWS Sarawak  Dato Nohyati Ismail, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pengerusi PPWS Lawas Suriah Jinin, Pengerusi Perkim Cawangan Lawas Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan kenamaan tempatan yang lain.


Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam berbagai lapangan tanpa meletakkan perbezaan gender sebagai satu halangan.
Selain itu Awang Tengah turut berharap agar PPWS dan pertubuhan lain turut bersama memainkan peranan mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

BANJIRI DEWAN...hampir seribu hadirin dan warga PPWS membanjiri Stadium Tertutup Lawas.

Jelasnya, perpaduan merupakan aset paling penting dalam memacu pembangunan disesebuah wilayah.


Malahan pembangunan yang dinikmati adalah hasil perpaduan rakyat Sarawak yang utuh tanpa terjejas dengan berbagai usaha pihak tertentu yang ingin memecah belahkan mereka kepada kelompok kecil yang sering berbalah.


“Kekuatan kita yang ada ialah disebabkan kita bersatupadu, setiap kaum bekerjasama antara satu sama lain.


Kita  bersatu, kita menjadi kuat..di Malaysia ini Sarawak inilah yang stabil disebabkan itu kita dapat berusaha menumpukan segala tenaga dan usaha serta memanfaatkan sumber yang ada untuk meningkatkan pembangunan sekaligus  memajukan masyarakat kita, ” tambahnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ugutan jenayah berat taktik baharu sindiket pinjaman haram
Next: Banjir: Anggaran RM2.6 bilion untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.