Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang penting, jaga kebajikan ahli di perantauan
  • TEMPATAN

Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang penting, jaga kebajikan ahli di perantauan

Utusan Sarawak 12 hours ago
JAGA KEBAJIKAN… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama tetamu lain pada Majlis Hari Raya Jalinan Kasih anjuran bersama Persatuan Melayu Limbang (PML) dan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri di Dewan Kampung Bunga Raya, hari ini.

LIMBANG: Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang di Kuching, Miri dan Semenanjung memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan, mengeratkan silaturahim serta membantu warga Limbang yang menghadapi kesulitan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kerajaan amat menggalakkan penubuhan pertubuhan ini bagi menjaga kepentingan ahlinya yang merupakan anak jati Limbang dan menetap di luar daerah itu.

“Pertubuhan ini penting untuk menjaga kebajikan. Melaluinya, kita dapat berkongsi suka dan duka serta bersama-sama membantu terutama ketika berdepan kesusahan.

“Contohnya, jika ada ahli meninggal dunia di Kuching, urusan pengebumian di Limbang dapat diusahakan dengan bantuan pertubuhan, termasuk Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri,” katanya.

JAGA KEBAJIKAN… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama tetamu lain pada Majlis Hari Raya Jalinan Kasih anjuran bersama Persatuan Melayu Limbang (PML) dan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri di Dewan Kampung Bunga Raya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Raya Jalinan Kasih anjuran bersama Persatuan Melayu Limbang (PML) dan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri di Dewan Kampung Bunga Raya, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Pengerusi PML Mohamad Abu Bakar dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri Mohamad Hamit Basar.

Beliau berkata, Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri merupakan pertubuhan kebajikan yang membantu warga Limbang di Miri, khususnya dalam kes pesakit kritikal yang perlu dirujuk ke Hospital Miri serta pengurusan jenazah.

Beliau menambah, pertubuhan ini turut melaksanakan pelbagai program bukan sahaja dalam aspek kebajikan, malah meliputi pendidikan dan sosial.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lingga dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai pengeluaran padi di Sarawak – Premier Sarawak
Next: Semangat kerjasama, kekuatan tangani segala cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.