Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukma 2026: Tiada perkampungan sukan, atlet terima subsidi RM100 sehari
  • SUKAN

Sukma 2026: Tiada perkampungan sukan, atlet terima subsidi RM100 sehari

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari. Foto Bernama

SUNGAI PETANI: Tiada perkampungan sukan akan disediakan bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 yang dijadual berlangsung 15 hingga 24 Ogos depan, sebaliknya atlet terlibat akan menerima subsidi penginapan mengikut kontinjen masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang diadakan Khamis lepas sebagai sebahagian langkah penjimatan kos penganjuran.

“Dalam mesyuarat tersebut, Selangor selaku tuan rumah telah membentangkan semua venue dan dimaklumkan bahawa tiada perkampungan sukan kali ini.

“Jadi setiap atlet akan diberikan subsidi sebanyak RM100 sehari, manakala pengurusan negeri masing-masing akan menguruskan penempatan atlet di lokasi yang dipilih oleh kontinjen,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Raya Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani di Sekolah Menengah Persendirian Sin Min, Taman Keladi, di sini hari ini.

Beliau berkata penganjuran temasya itu akan dilaksanakan secara lebih berskala kecil, namun tidak menjejaskan kualiti atlet, sukan dan penganjuran keseluruhan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026
Next: Arsenal tergelincir, City kembali hidupkan saingan kejuaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.