Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak lancar Direktori Industri Kreatif 1.0, SUKMA tetap diteruskan walaupun kekangan kos
  • TEMPATAN

Sarawak lancar Direktori Industri Kreatif 1.0, SUKMA tetap diteruskan walaupun kekangan kos

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) melancarkan Direktori Industri Kreatif Sarawak 1.0 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh sektor industri kreatif menerusi pelancaran Direktori Industri Kreatif Sarawak 1.0 yang menghimpunkan seramai 3,330 penggiat industri di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, direktori itu diwujudkan sebagai rujukan penting untuk memudahkan akses serta memperkukuh jaringan dalam kalangan penggiat industri.

“Dalam direktori ini ada maklumat lengkap termasuk cara untuk menghubungi mereka. Kita mahu ia menjadi satu rujukan penting kepada industri,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Direktori Industri Kreatif Sarawak 1.0 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. 

Beliau berkata, usaha penambahbaikan akan diteruskan termasuk cadangan penggunaan kod QR bagi membolehkan maklumat lebih interaktif dan mudah diakses pada masa hadapan

Menurutnya, langkah pendigitalan itu penting bagi memastikan industri kreatif Sarawak terus berkembang seiring perubahan teknologi semasa.

“Kalau ada kod QR, kita boleh terus lihat lokasi dan hasil kerja mereka. Kita sedang bergerak ke arah digitalisasi,” katanya.

DATUK Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media selepas pelancaran Pelancaran Direktori Industri Kreatif Sarawak 1.0 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Adele Rissa 

Direktori berkenaan merangkumi pelbagai bidang termasuk muzik, seni visual, seni persembahan, sastera, gastronomi, kraf serta produksi media seperti filem, televisyen dan radio.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata persiapan kontinjen Sarawak bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tetap berjalan seperti biasa meskipun berdepan cabaran kekangan kos.

Katanya, beberapa langkah penjimatan sedang diteliti termasuk pemilihan penginapan lebih berhemat serta penyusunan perjalanan kontinjen bagi memastikan perbelanjaan dapat diurus dengan lebih efisien tanpa menjejaskan prestasi atlet.

“Kita akan cari jalan terbaik untuk menguruskan kos, tetapi pada masa yang sama memastikan pembangunan sukan tidak terjejas,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pemantauan berterusan sedang dilakukan bersama agensi berkaitan bagi memastikan semua persiapan berjalan lancar walaupun berdepan tekanan kos semasa.

oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sumbangan lampin bayi bantu keluarga hadapi kos sara hidup meningkat
Next: AZAM perkukuh hubungan strategik, perkenal program baharu belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.