Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sewakan tanah pertanian terbiar tingkat pengeluaran makanan negara – Mohamad Sabu
  • SEMASA

Sewakan tanah pertanian terbiar tingkat pengeluaran makanan negara – Mohamad Sabu

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu melihat cara penuaian padi semasa mengadakan lawatan ke projek penanaman padi Tanjung Purun, hari ini. Turut sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. Foto BERNAMA

LUNDU: Pemilik tanah pertanian terbiar atau tidak digunakan lagi diharap dapat mempertimbangkan untuk menyewakan tanah mereka bagi memastikan kawasan itu terus diusahakan, sekali gus menyumbang kepada pengeluaran makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu mampu mengoptimumkan penggunaan tanah serta mengurangkan kebergantungan pada import makanan.

Beliau berkata pemilik tanah tidak perlu menjual tanah mereka kepada mana-mana pihak, sebaliknya boleh menyewakannya kepada syarikat atau pengusaha yang berminat untuk membangunkan kawasan berkenaan.

“Biasanya, jika syarikat mahu sewa sudah pasti melibatkan satu tempoh lama seperti 10 tahun atau lebih kerana pertanian ini ambil masa bermula daripada tanam sehingga dapatkan hasil,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek penanaman padi Tanjung Purun di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata Malaysia pada suatu ketika dahulu merupakan antara pengeksport utama getah dunia, namun kini turut mengimport bahan mentah itu berikutan pengeluaran domestik tidak mencukupi.

Katanya, perkara itu berlaku kerana terdapat banyak tanah pekebun kecil getah yang tidak lagi diusahakan.

“Antara faktor utama ialah kekurangan tenaga kerja apabila generasi muda berhijrah ke bandar, menyebabkan kebun getah tidak lagi diusahakan.

“Apabila ada pihak berminat menyewa tanah bagi tujuan pembangunan, ada pemilik yang enggan berbuat demikian kerana menganggap tanah tersebut sebagai tanah pusaka, akhirnya tanah itu terus terbiar,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines terima pesawat Boeing 737-8 baharu, penghantaran pertama bagi 2026
Next: ‘Pandangan kuno’ dalam promosi pelancongan perlu ditinggalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.