Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemanca Lim Guan Ann lawat Hospital Saratok, hulur sumbangan ‘Kongsi Raya’
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemanca Lim Guan Ann lawat Hospital Saratok, hulur sumbangan ‘Kongsi Raya’

Utusan Sarawak 7 hours ago
LIM Guan Ann bersama dengan kakitangan Hospital Saratok.

SARATOK: Pemanca Lim Guan Ann mengadakan kunjungan rasmi ke Hospital Saratok dalam usaha memperkukuh hubungan antara pemimpin komuniti dan institusi kesihatan setempat.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengarah Hospital, Dr. Dayang Suhaila Abang Mohamed bersama kakitangan hospital yang turut hadir memeriahkan sesi lawatan tersebut.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan ringkas melibatkan pihak pengurusan hospital sebelum diteruskan dengan pembentangan mengenai operasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.

Dalam sesi tersebut, wakil hospital, Jaafar Sepawi, telah menyampaikan taklimat berkaitan sejarah penubuhan Hospital Saratok serta perkembangan perkhidmatannya sejak mula beroperasi.

Menurut beliau, Hospital Saratok mula dibina sekitar tahun 1976 sebelum siap sepenuhnya pada 1980 dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1981.

Sejak penubuhannya, hospital ini telah memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Daerah Saratok serta kawasan sekitarnya.

PENGARAH Hospital Saratok, Dr. Dayang Suhaila bersama dengan Lim Guan Ann.

Kini, selepas lebih empat dekad beroperasi, hospital berkenaan terus komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan keperluan semasa masyarakat.

Semasa lawatan tersebut, Lim Guan Ann turut mengambil kesempatan meninjau kemudahan serta bertukar pandangan dengan pihak pengurusan hospital mengenai penambahbaikan perkhidmatan.

Sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti komuniti, beliau turut menghulurkan sumbangan kepada pihak hospital bagi menjayakan program ‘Kongsi Raya’ yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat.

Inisiatif tersebut dilihat sebagai satu usaha murni dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum serta menyemai semangat perpaduan melalui sambutan perayaan secara bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak perkasa pembangunan luar bandar di DUN Bukit Saban
Next: TBS hargai pelanggan, perkukuh peranan salur bantuan kepada golongan memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.