Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masa operasi sempadan di utara Sarawak dilanjut hingga tengah malam
  • WILAYAH

Masa operasi sempadan di utara Sarawak dilanjut hingga tengah malam

Utusan Sarawak 7 hours ago
MASA operasi di Pos Kawalan Imigresen Brunei akan dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam selama tiga hari bermula 10 hingga 12 April depan.

LIMBANG: Masa operasi di Pos Kawalan Imigresen Brunei akan dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam selama tiga hari bermula 10 hingga 12 April depan.

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei dalam kenyataan berkata, lanjutan waktu operasi tersebut melibatkan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan Temburong, Pos Kawalan Sementara Labu Temburong, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait.

“Waktu operasi pos-pos kawalan imigresen Brunei akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 6.00 pagi hingga 10.00 malam pada 13 April ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Hal ini bagi memudahkan pergerakan melalui pintu sempadan sepanjang program Sarawakku Sayang 2026 yang diadakan di Limbang bermula esok hingga Ahad ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat terima sumbangan van jenazah
Next: Kerajaan Sarawak perkasa pembangunan luar bandar di DUN Bukit Saban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.