Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PMW, Pusaka meterai perjanjian langganan saham, pemegang saham bagi unit Sarawak
  • BISNES

PMW, Pusaka meterai perjanjian langganan saham, pemegang saham bagi unit Sarawak

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR: PMW International Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, PMW Winabumi (Sarawak) Sdn Bhd (PMWWS), memeterai perjanjian langganan saham dan pemegang saham dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka).

Mengikut perjanjian itu, Pusaka akan melanggan pegangan sebanyak 20 peratus dalam PMWWS, meliputi saham biasa dan saham keutamaan boleh tebus (RPS).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PMW menjelaskan susulan itu, Pusaka akan mengambil bahagian dengan memegang kepentingan ekuiti sebanyak 20 peratus dalam PMWWS, iaitu entiti yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan dan mengurus kemudahan pembuatan di Tanjung Manis, Sarawak.

“Kedua-dua pihak bersetuju perkara itu bukan merupakan satu usaha sama, kerana PMW perlu sentiasa mengekalkan kawalan terhadap PMWWS,” menurut syarikat pembuatan konkrit itu.

Perjanjian tersebut turut memperincikan pemberimilikan atau pemindahan sebidang tanah seluas kira-kira 11.72 hektar di Tanjung Manis oleh Pusaka, yang akan dianggap sebagai bayaran bagi langganan saham dalam PMWWS bernilai RM12.50 juta.

“Bayaran itu akan diselesaikan melalui tunai sebanyak RM4 juta manakala RM8.5 juta dalam bentuk saham, meliputi penerbitan dua juta saham biasa dan 6.5 juta RPS oleh PMWWS bagi Pusaka,” jelasnya.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif PMW, Lee Hon Hwa berkata kerjasama itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh kehadiran PMW di Malaysia Timur.

“Menerusi kerjasama dengan Pusaka, kami dapat memanfaatkan kepakaran tempatan dan sumber strategik untuk mempercepat pengembangan di Sarawak.

“Kami yakin kerjasama ini, dengan agensi negeri sebagai pemegang kepentingan utama, meletakkan PMW pada kedudukan yang baik untuk mengambil bahagian dalam pembangunan infrastruktur Sarawak serta menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan penting negeri pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata kemudahan di Tanjung Manis dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran PMW daripada kira-kira 230,267 tan kepada 358,467 tan apabila siap pada suku keempat 2027.

“Ini sekali gus memperkukuh keupayaan kumpulan untuk menyokong projek infrastruktur dan utiliti di Malaysia Timur dengan lebih cekap,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan kekalkan harga subsidi di sebalik ketidaktentuan minyak global
Next: Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.