Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Subsidi diesel: Kerajaan teliti mekanisme MyKad, MyKasih
  • NASIONAL

Subsidi diesel: Kerajaan teliti mekanisme MyKad, MyKasih

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, bercakap mengenai taklimat krisis tenaga global pada sidang media mingguan Kabinet di Putrajaya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti mekanisme untuk memanfaatkan sistem MyKasih dan penggunaan MyKad untuk penyaluran subsidi termasuk diesel kepada rakyat Malaysia, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata mekanisme berkenaan akan diperhalusi oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebelum diputuskan diperingkat Jemaah Menteri dan diumumkan secara muktamad.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini membincangkan beberapa perkara susulan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang berlangsung semalam, termasuk beberapa ikhtiar yang akan disusuli.

“Ini termasuk cadangan yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai pemanfaatan sistem MyKasih dan penggunaan MyKad bagi tujuan pemberian subsidi termasuk diesel untuk rakyat Malaysia,” katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Sebelum ini, Amir Hamzah berkata kerajaan sedang meneliti kemungkinan memperluas penggunaan MyKad dalam pelaksanaan subsidi bersasar diesel susulan kejayaan program BUDI95 bagi petrol RON95.

Beliau berkata langkah itu dilihat mampu memperkemas penyampaian subsidi serta mengurangkan ketirisan, namun memerlukan penelitian rapi dari aspek logistik, penggunaan dan kesiapsiagaan sistem di seluruh negara.

Menurutnya, penggunaan MyKad di bawah pelaksanaan BUDI95 dilihat lebih tersusun dan berupaya mengurangkan risiko ketirisan, selain mencapai matlamat penjimatan tanpa mengubah corak pembelian rakyat secara drastik.- Bernama

Continue Reading

Previous: Hartanah Kenyalang laksana penjimatan kos, jangka perang AS-Iran jejas margin syarikat
Next: Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.