Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 2,379 murid di Sarikei terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah
  • PENDIDIKAN

2,379 murid di Sarikei terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah

Utusan Sarawak 18 hours ago
BANTUAN pakaian seragam dan kasut sekolah SK Methodist Anglo-Chinese. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Seramai 2,379 murid dari 19 sekolah rendah di Daerah Sarikei telah menerima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah semalam.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Huang Tiong Sii, berkata bantuan tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah selain memastikan murid dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih selesa dan berkeyakinan.

“Bantuan persekolahan ini merupakan antara komitmen berterusan saya dalam memastikan kebajikan pendidikan anak-anak di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok terus diberi perhatian.

ANTARA penerima bantuan persekolahan daripada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Foto Pusat Khidmat Repok

“Pendidikan di peringkat awal persekolahan amat penting dalam membentuk asas pembelajaran yang kukuh dalam kalangan generasi muda.

“Melalui bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah ini, para murid dapat mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan lebih selesa dan teratur, sekali gus memberi motivasi kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, inisiatif kebajikan pendidikan tersebut akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada murid yang tercicir dalam pembelajaran akibat kekangan kewangan keluarga.

KASUT dan seragam baru untuk pejuang ilmu muda SJKC Su Lok. Foto Pusat Khidmat Repok

Penyerahan bantuan persekolahan telah diagihkan oleh pasukan Pusat Khidmat Repok yang diketuai oleh Penghulu Huang Tiong Kang bersama Kapitan Ling Dien Yong kepada murid yang layak di sekolah terlibat.

Antara sekolah yang menerima bantuan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Anglo-Chinese, SK St Anne, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Chien, SJKC Wah Man, SJKC Su Ming, SJKC Su Tak, SK Tanah Putih, SK Sungai Petai, SJKC Hua Nam, SK Abang Haji Matahir, SK Agama Sarikei, SK Sarikei, SJKC Su Lee, SK Sungai Sentebu, SJKC Su Lok, SJKC Su Hing, SK St Andrew, SJKC San Ming dan SK Adin.

Dalam pada itu, Tiong Sii berharap bantuan tersebut dapat memberi dorongan kepada murid untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan menyokong usaha melahirkan generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada pembangunan Daerah Sarikei pada masa hadapan. 

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Forum sentuh isu buli, dadah di sekolah
Next: 1,017 murid 12 sekolah rendah terima pakaian seragam dan kasut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.