Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri, Labuan hingga 5.00 petang
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri, Labuan hingga 5.00 petang

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia peneraju halal global, keluar sijil 51 tahun dan diiktiraf lebih 50 negara – Ahmad Zahid
Next: Keluarga Zara Qairina beraya bersama rakan solidariti di Mesapol, Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.