Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Anak perempuan Daim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan
  • MAHKAMAH

Anak perempuan Daim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANAK perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida Abdul Daim (dua, kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta. Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad pada 9.00 pagi. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.

Asnida Abdul Daim, yang memakai kemeja biru gelap tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada 8.40 pagi dengan diiringi ahli keluarganya.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad pada 9.00 pagi.

Semalam, Bernama melaporkan peguam Yu Ying Ying yang mewakili Asnida berkata SPRM memaklumkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Yu memberitahu media bahawa SPRM mengambil keterangan Asnida di Ibu Pejabat SPRM kira-kira lima jam bermula 10.00 pagi semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi, terima bayaran baik pulih rumah RM9,110
Next: Anak perempuan Daim didakwa tidak isytihar pegangan saham dalam lima syarikat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.