
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM41.57 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.46 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik, iaitu tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM600 juta untuk 30 hari dan tender bernilai RM900 juta untuk 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.1 bilion dan RM27.5 bilion dalam tender semalaman Murabahah.
-Bernama