Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kepimpinan kampung perlu bersikap terbuka demi pembangunan mampan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kepimpinan kampung perlu bersikap terbuka demi pembangunan mampan

Utusan Sarawak 23 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Mangut yang berlangsung di Dewan Saribas Kampung Mangut, hari ini. Foto: ADUN Saribas

SARIBAS: Semua pihak kepimpinan kampung diseru agar sentiasa berlapang dada dalam menerima pandangan serta aduan daripada penduduk demi memastikan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan harmoni.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, sikap keterbukaan dalam kepimpinan merupakan kunci utama untuk meraih kepercayaan serta penghormatan masyarakat setempat.

DATUK Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Mangut yang berlangsung di Dewan Saribas Kampung Mangut, hari ini. Foto: ADUN Saribas

Menurut beliau, kepimpinan yang bersedia mendengar dan memahami keperluan rakyat akan lebih mudah menguruskan pelbagai urusan pembangunan kampung secara menyeluruh dan inklusif.

“Saya menyeru kepada semua pihak kepimpinan kampung agar sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan aduan daripada penduduk. Kepimpinan yang terbuka akan lebih dihormati dan memudahkan segala urusan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Mangut yang berlangsung di Dewan Saribas Kampung Mangut, hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

DATUK Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Mangut yang berlangsung di Dewan Saribas Kampung Mangut, hari ini. Foto: ADUN Saribas

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas turut menegaskan bahawa setiap penduduk tidak perlu berasa takut untuk menyuarakan idea serta cadangan demi kebaikan bersama.

“Setiap pandangan adalah berharga, dan dengan semangat kebersamaan, kita mampu membina suasana yang lebih baik untuk generasi akan datang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar masyarakat kampung sentiasa mengamalkan sikap saling menghormati serta mengelakkan sebarang bentuk perselisihan yang boleh menjejaskan keharmonian.

Katanya, semangat kasih sayang dan kerjasama dalam kalangan penduduk adalah asas penting bagi memastikan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Dalam ucapannya, Razi melahirkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama masyarakat dalam suasana penuh keberkatan sempena sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi platform penting untuk memperkukuh perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidilfitri platform kukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat
Next: Dialog NVP perkasa kepimpinan belia, galak peranan generasi muda dalam pembangunan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.