Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Baru Kabong terus maju, semangat muafakat jadi pemangkin pembangunan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kampung Baru Kabong terus maju, semangat muafakat jadi pemangkin pembangunan

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Riuh Rayo Kampung Baru Kabong yang berlangsung meriah, dekat sini malam tadi. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Kampung Baru Kabong terus melakar perkembangan positif apabila kini semakin menikmati pelbagai kemudahan dan pembangunan yang lebih baik hasil kesatuan serta kerjasama erat dalam kalangan penduduknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, kemajuan yang dikecapi kampung tersebut bukan sahaja hasil usaha pihak kerajaan, malah didorong oleh semangat muafakat masyarakat setempat.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Riuh Rayo Kampung Baru Kabong yang berlangsung meriah, dekat sini malam tadi. Foto: ADUN Kabong

Menurut beliau, penduduk Kampung Baru Kabong wajar berbangga kerana kawasan itu kini semakin pesat membangun dengan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang semakin lengkap dari semasa ke semasa.

“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa apabila wujud kesatuan dan kerjasama yang kukuh dalam komuniti, pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Riuh Rayo Kampung Baru Kabong yang berlangsung meriah, dekat sini malam tadi. Foto: ADUN Kabong

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Riuh Rayo Kampung Baru Kabong yang berlangsung meriah, dekat sini malam tadi.

Majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam kalangan penduduk kampung.

Chee Kadir turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Kabong yang baharu atas kejayaan menganjurkan program tersebut dengan penuh semangat kebersamaan.

DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Riuh Rayo Kampung Baru Kabong yang berlangsung meriah, dekat sini malam tadi. Foto: ADUN Kabong

Tambahnya, penganjuran majlis seumpama itu bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan, malah menjadi platform penting dalam mengukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat setempat.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh penduduk agar terus memberikan sokongan padu kepada barisan JKKK baharu bagi memastikan segala perancangan pembangunan kampung dapat diteruskan dengan jayanya.

Chee Kadir turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mengamalkan budaya bermaaf-maafan serta memupuk nilai hormat-menghormati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada bekas Ketua Kaum Kampung Baru Kabong, Allahyarhamah Dinah Rahmat yang telah menabur jasa besar sepanjang hampir sedekad memimpin kampung berkenaan.

Menurutnya, Allahyarhamah yang juga merupakan ketua kampung wanita pertama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong telah memainkan peranan penting dalam menyatukan masyarakat serta memacu pembangunan Kampung Baru Kabong ke tahap yang lebih baik.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu turut dihadiri pemimpin masyarakat termasuk wakil agensi tempatan, ketua-ketua kampung serta penduduk yang bersama-sama memeriahkan sambutan dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Rumah Terbuka Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu meriah
Next: SUPP puji langkah proaktif kerajaan Sarawak tangani tekanan ekonomi global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.