
ISTANBUL: Gempa bumi bermagnitud 5.5 menggegarkan sempadan Northern Territory dan South Australia pada Ahad, menurut Geosains Australia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gempa bumi itu melanda sekitar 4.30 pagi (1530GMT Sabtu) dan pusat gempa berada di selatan Yulara, sebuah perbandaran berhampiran Uluru dan barat daya Alice Springs, lapor Perbadanan Penyiaran Australia.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, gempa itu berada 77 kilometer selatan-barat daya Yulara dan didaftarkan pada magnitud 5.5.
Tiada laporan awal kerosakan.
Pakar seismologi kanan Geosains Australia Jonathan Bathgate berkata agensi itu menerima kira-kira 30 laporan daripada orang ramai yang merasai gegaran.
Beliau berkata magnitud itu bersamaan gempa bumi Newcastle pada 1989 yang mengorbankan dan mencederakan puluhan orang.
“Ia ialah gempa bumi dengan saiz yang sama, ia hanya berlaku di kawasan yang agak terpencil di negara ini dan bukannya berhampiran pusat berpenduduk, justeri berkemungkinan memberi kesan yang agak ketara,” katanya.
-Bernama