Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Rumah Terbuka Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu meriah
  • WILAYAH

Majlis Rumah Terbuka Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu meriah

Utusan Sarawak 15 hours ago
SEKITAR kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu, semalam. Foto Akun Giman

SIBU: Majlis Rumah Terbuka Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu berlangsung meriah semalam dengan kehadiran para penyumbang, tetamu jemputan serta masyarakat setempat yang terus memberikan sokongan padu terhadap kebajikan anak-anak di kompleks berkenaan.

Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak yang juga Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu Dato Mohamad Yusnar Matalie, berkata, pihak pengurusan merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan individu yang sentiasa komited membantu memastikan kebajikan serta kesejahteraan anak-anak Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) sentiasa terpelihara.

“Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua pihak yang tidak jemu membantu kami. Usaha berterusan ini amat penting bagi memastikan anak-anak di Kompleks PERYATIM Sibu mendapat perhatian dan kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau turut berkongsi kejayaan akademik anak-anak di kompleks berkenaan apabila sembilan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini lulus dengan baik.

“Daripada jumlah itu, tujuh orang akan ke Kuching pada 17 April ini bagi menerima anugerah khas daripada PERYATIM Sarawak. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan dan wajar dikongsi bersama masyarakat,” ujarnya.

SEKITAR kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu, semalam. Foto Akun Giman

Selain itu, kejayaan dalam bidang kokurikulum turut membanggakan apabila seorang penghuni kompleks tersebut dinobatkan sebagai Olahragawan Lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Oya.

Difahamkan, pelajar berkenaan turut mencipta rekod baharu sekolah dalam acara lontar peluru dan lempar cakera.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak di sini bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam bidang sukan,” katanya.

Dalam majlis sama, turut diperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu PERYATIM Sarawak, Siti Hatizah Abang Sebit.

“Pihak Kompleks PERYATIM Sibu turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut dan berharap organisasi itu akan terus maju di bawah kepimpinan baharu,” katanya.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan jamuan Hari Raya dalam suasana penuh kemesraan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek PMR siap ikut jadual, tingkat kemudahan asas penduduk
Next: Kampung Baru Kabong terus maju, semangat muafakat jadi pemangkin pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.