Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Hindari Plastik Sekali Guna diperluas ke semua pasar raya Sarikei bermula 1 April
  • Tengah
  • WILAYAH

Kempen Hindari Plastik Sekali Guna diperluas ke semua pasar raya Sarikei bermula 1 April

Utusan Sarawak 6 hours ago
PIHAK MDS menunjukkan risalah Kempen Hindari Plastik Sekali Guna. Foto MDS

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) memperluaskan pelaksanaan Kempen Hindari Plastik Sekali Guna ke semua pasar raya di bandar ini bermula 1 April 2026 sebagai langkah proaktif mengurangkan pencemaran plastik dalam kalangan masyarakat setempat. 

Menurut MDS, kempen tersebut yang dilancarkan pada 2 Ogos 2025 kini memasuki fasa pengukuhan dengan memberi tumpuan khusus kepada sektor peruncitan sebagai pengguna utama plastik sekali guna dalam urusan harian.

“Fokus utama kempen pada tahun ini adalah untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, khususnya beg plastik jinjit yang sering digunakan dalam urusan harian pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Tambahnya, kempen tersebut digerakkan berlandaskan beberapa objektif utama termasuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap kesan negatif penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar dan menggalakkan penggunaan beg mesra alam atau beg guna semula dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, ia juga bertujuan mengurangkan 30 peratus penggunaan plastik sepanjang tempoh kempen serta mencapai penyertaan 100 peratus daripada semua pasar raya di Sarikei.

“Bagi memastikan pelaksanaan kempen berjalan lancar, pihak pasar raya diberikan fleksibiliti untuk melaksanakan pendekatan yang bersesuaian mengikut operasi masing-masing,” katanya.

Katanya, sesi libat urus bersama pihak pasar raya turut diadakan lebih awal sebagai persediaan pelaksanaan kempen tersebut. Pihak MDS telah pun menandatangani ikrar kempen pada 26 Mac 2026 lalu.

“Kejayaan kempen ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak daripada pihak pengurusan pasar raya, para pelanggan, sehinggalah kepada sokongan berterusan pihak media dalam menyebarluaskan mesej kesedaran ini kepada masyarakat.

“Marilah kita bersama-sama mengambil langkah kecil hari ini demi menjamin kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Misi Sukarelawan Siswa Ke Sarawak bermula 3 hingga 20 April – Aaron
Next: SKAS meluaskan jangkauan ke Pasar Sentral Sibu, bantu penjaja tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.