Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC siasat 17 individu disyaki sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api, tarif elektrik
  • NASIONAL

MCMC siasat 17 individu disyaki sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api, tarif elektrik

Utusan Sarawak 8 hours ago
FOTO Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu disyaki menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik yang tular menerusi platform media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan setakat ini telah selesai merakamkan percakapan lapan individu termasuk lima kes hantaran berunsur palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api. 

“Daripada lima kes itu, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini dan baki dua lagi telah selesai dirakam semalam.

“Terdapat tiga kes berkaitan tarif baharu elektrik manakala baki sembilan lagi suspek sedang dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu. 

“Penyebaran maklumat-maklumat palsu ini boleh menimbulkan suasana panik dan kegelisahan kepada pengguna,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut mengingatkan orang awam bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Garis panduan BDR diumum dalam masa terdekat – Ramanan
Next: Majlis media, pemain industri diminta bincang pelaksanaan bekerja dari rumah pengamal media

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.