Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua juruterbang maut dalam nahas pesawat kargo di Filipina
  • KEMALANGAN

Dua juruterbang maut dalam nahas pesawat kargo di Filipina

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

MANILA: Dua juruterbang maut hari ini apabila pesawat kargo udara dipandu mereka terhempas di luar perimeter lapangan terbang di Barangay Dekalacho di Coron, Palawan, menurut Kumpulan Keselamatan Penerbangan Polis Negara Filipina, lapor Xinhua.

Menurut PNP-ASG, kemalangan itu berlaku kira-kira 11.00 pagi waktu tempatan di luar perimeter Lapangan Terbang Busuanga.

Siasatan awal mendapati pesawat itu tiba-tiba terhempas dan meletup ketika berlepas selepas mengambil produk ikan segar.

Mayat juruterbang dan pembantu juruterbang itu ditemui sekitar 3.00 petang semasa operasi mencari dan menyelamat. 

Operasi landasan lapangan terbang berkenaan digantung buat sementara waktu susulan nahas itu, namun telah disambung semula kemudian.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kereta terbalik di Jalan Bako, dua wanita cedera ringan
Next: Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Penrissen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.