Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 48 orang, 73 cedera
  • GLOBAL

Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 48 orang, 73 cedera

Utusan Sarawak 12 hours ago
ORANG ramai di Afghanistan menunggu untuk melintasi jalan yang dinaiki air ketika hujan di Wilayah Ghazni pada 1 April 2026. Foto AFP

MOSCOW: Angka korban akibat banjir yang melanda beberapa wilayah di Afghanistan sejak 25 Mac meningkat kepada 48 orang, manakala 73 lagi cedera, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Setakat ini, 48 orang maut dan 73 lagi cedera akibat hujan, banjir serta tanah runtuh. Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, enam orang maut dan tujuh lagi cedera,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan (ANDMA) Mohammad Youssef Hammad pada Khamis.

Dalam tempoh 24 jam lalu, banjir telah memusnahkan 139 bangunan kediaman dan merosakkan 394 bangunan lain, tambah beliau.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 1,000 keluarga terjejas akibat banjir,” katanya.

Direktorat Am Meteorologi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Afghanistan memaklumkan bahawa hujan lebat serta banjir dijangka melanda 33 daripada 34 wilayah negara itu dalam beberapa hari akan datang. – Bernama-Sputnik

Continue Reading

Previous: Charleroi tarik pelancong melalui keindahan bangunan terbiar
Next: Ribut Erminio landa Greece

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.