Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Charleroi tarik pelancong melalui keindahan bangunan terbiar
  • GLOBAL

Charleroi tarik pelancong melalui keindahan bangunan terbiar

Utusan Sarawak 12 hours ago
KEINDAHAN… Charleroi yang pernah digelar sebagai ‘bandar paling hodoh di dunia’ kini mula menarik perhatian pelancong melalui keunikan landskap industri lama dan bangunan terbiar.

CHARLEROI, Belgium: Charleroi yang pernah digelar sebagai ‘bandar paling hodoh di dunia’ kini mula menarik perhatian pelancong melalui keunikan landskap industri lama dan bangunan terbiar.

Artis tempatan, Nicolas Buissart, menganjurkan lawatan dikenali sebaga ‘bandar safari’ yang membawa pelawat meneroka kawasan kilang lama, gudang usang serta tapak bekas perlombongan arang batu. Inisiatif yang bermula sebagai gurauan itu kini berkembang menjadi tarikan pelancongan alternatif.

Fenomena ‘urbex’ atau penerokaan bandar terbiar turut menyumbang kepada peningkatan minat pengunjung. Aktiviti ini menarik jurugambar, pencinta seni dan pelancong yang menghargai nilai estetika dalam runtuhan bangunan, termasuk permainan cahaya, bayang-bayang serta seni jalanan.

KEINDAHAN… Charleroi yang pernah digelar sebagai ‘bandar paling hodoh di dunia’ kini mula menarik perhatian pelancong melalui keunikan landskap industri lama dan bangunan terbiar.

Antara lokasi yang dilawati termasuk kompleks kolam renang lama dan gudang industri yang pernah dimiliki syarikat seperti ArcelorMittal, yang kini terbiar selepas penutupan operasi sejak bertahun-tahun lalu.

Walaupun bandar ini pernah menjadi pusat perlombongan dan industri utama, perubahan ekonomi menyebabkan banyak kemudahan ditinggalkan. Namun, pihak pelancongan tempatan kini melihat warisan tersebut sebagai aset penting untuk menarik lebih ramai pelawat dan memperbaharui imej bandar itu.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penerbangan dibatalkan, sekolah ditutup akibat ribut landa Aegean
Next: Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 48 orang, 73 cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.