Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jenayah semakin kompleks, guna teknologi dan rangkaian profesional sembunyi aktiviti haram
  • JENAYAH

Jenayah semakin kompleks, guna teknologi dan rangkaian profesional sembunyi aktiviti haram

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berucap pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF): Way Forward di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jenayah kini semakin kompleks dan tersusun, termasuk melibatkan sindiket yang menggunakan teknologi dan rangkaian profesional bagi menyembunyikan aktiviti haram, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. 

Beliau berkata penglibatan segelintir golongan profesional seperti peguam dan akauntan membantu ‘menghalalkan’ hasil aktiviti haram melalui sistem kewangan yang sah.

“Kalau tidak ada golongan profesional ini, sukar untuk mereka (penjenayah) masukkan wang haram ke dalam sistem yang legitimate (sah),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian sesi libat urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Mengambil contoh beberapa kes berprofil tinggi seperti kegiatan penyeludupan sisa elektronik dan bahan api serta sindiket caturan kaunter, Azam berkata rasuah dikenal pasti sebagai pemudah cara utama yang membolehkan sindiket beroperasi secara berterusan.

“Tanpa rasuah, sindiket ini tidak akan mampu bertahan. Tanpa perlindungan dalaman, mereka tidak akan mampu bergerak sebegitu lama dan sistematik,” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu membuktikan bahawa jenayah masa kini bersifat rentas sektor dan sempadan serta melibatkan pelbagai lapisan termasuk penguatkuasaan, logistik dan kewangan.

“Saya ingin tegaskan di sini, apa yang kita berjaya bongkarkan hari ini hanyalah ‘tip of the iceberg’. Di bawah permukaan, masih terdapat banyak lagi sindiket, rangkaian dan aktiviti yang belum dikesan sepenuhnya.

“Inilah sebabnya saya katakan bahawa isu ini telah menjadi barah dalam sistem negara. Jika tidak ditangani secara agresif dan bersepadu, ia akan terus menghakis hasil negara, merosakkan integriti institusi dan melemahkan ekonomi secara keseluruhan,” katanya.

Oleh itu, Azam menyeru semua pihak khususnya pegawai penguat kuasa supaya memperkukuh integriti serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa susulan cabaran ekonomi yang berpotensi mencetuskan peningkatan rasuah dan jenayah.

“Saya ingin menegaskan bahawa pendekatan penguatkuasaan secara silo tidak lagi relevan. Kita memerlukan satu pendekatan yang lebih menyeluruh melalui platform seperti MATF,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak catat rampasan RM9.49 juta dalam 21 operasi Op Taring
Next: Maritim Malaysia tahan dua VNT langgar syarat lesen di perairan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.