Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Saratok cipta sejarah, catat keputusan SPM terbaik dengan GPS 4.65
  • Selatan
  • WILAYAH

SMK Saratok cipta sejarah, catat keputusan SPM terbaik dengan GPS 4.65

Utusan Sarawak 15 hours ago
KEPUTUSAN SPM 2025 SMK Saratok

SARATOK: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 terbaik sejak penubuhannya, sekali gus membuktikan kecemerlangan berterusan institusi pendidikan luar bandar itu.

Pengetua SMK Saratok, Beritin Empawi berkata, pencapaian luar biasa tersebut menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah apabila keputusan keseluruhan menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.

Menurut beliau, sekolah itu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 4.65 bagi 2025 berbanding 4.94 pada 2024, sekali gus menunjukkan peningkatan signifikan dalam prestasi akademik pelajar.

Selain itu, peratus kelulusan turut meningkat kepada 99.32 peratus berbanding 98.57 peratus pada tahun sebelumnya, menjadikan pencapaian kali ini sebagai yang terbaik dalam sejarah sekolah.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil usaha gigih dan komitmen tinggi semua pihak termasuk pentadbir, guru serta anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang sentiasa berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing pelajar sehingga berjaya mencapai keputusan membanggakan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar yang sentiasa memberi sokongan serta kepercayaan penuh kepada pihak sekolah dalam mendidik anak-anak mereka.

Katanya, kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan cemerlang pelajar dalam peperiksaan tersebut.

Beritin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik yang sentiasa komited menyokong pembangunan pendidikan di SMK Saratok.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atas bimbingan dan bantuan berterusan kepada pihak sekolah.

Tidak ketinggalan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), agensi swasta serta rakan strategik lain turut memainkan peranan penting dalam menyokong usaha meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Mengulas lanjut, Betitin berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada warga pendidik untuk terus memperkukuh usaha melahirkan generasi pelajar yang cemerlang pada masa hadapan.

“Diharapkan pencapaian ini dapat menyemarakkan lagi semangat guru-guru untuk memastikan kecemerlangan anak didik terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: MPKS laksana operasi sitaan di beberapa kawasan sekitar Kota Samarahan
Next: 100 kotak air minuman disalur ke SK Gran Stumbin, ringankan beban warga sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.