Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LPKP Sarawak lancar enam laluan baharu Bas.My Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

LPKP Sarawak lancar enam laluan baharu Bas.My Kuching

Utusan Sarawak 12 hours ago
MICHAEL Kong Feng Nian melakukan sesi turun padang dengan menaiki Bas.My Kuching bagi menilai keberkesanan laluan baharu

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian, menyifatkan pelancaran enam laluan baharu Bas.My Kuching sebagai langkah penting dalam memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di bandar ini.

Beliau berkata pelaksanaan serentak laluan baharu tersebut meningkatkan capaian dan kesalinghubungan, sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk menikmati perkhidmatan bas yang lebih mudah dan boleh dipercayai di kawasan masing masing.

“Perluasan ini mendapat sambutan positif daripada orang ramai apabila semakin ramai kini boleh mengakses pengangkutan awam dengan lebih mudah,” katanya.

Bagi menilai keberkesanan laluan baharu itu, beliau sendiri menaiki laluan Q15 Saujana ke Stutong Baru dan Kuching Sentral yang merangkumi kawasan perumahan utama seperti Foochow Road, Tabuan Jaya, Tabuan Laru, Tabuan Heights dan Stutong Baru.

Walaupun menyambut baik peluasan tersebut, beliau menegaskan bahawa aspek ketepatan masa dan kebolehpercayaan kekal sebagai faktor utama kejayaan Bas.My Kuching kerana ia akan mempengaruhi keyakinan serta penggunaan jangka panjang oleh orang ramai.

Tambahnya, LPKP Sarawak akan terus memantau prestasi pengendali bas bagi memastikan pematuhan ketat terhadap jadual dan standard perkhidmatan.

Beliau turut memaklumkan bahawa aplikasi mudah alih Bas.My Kuching masih belum dikemas kini dengan laluan baharu, sedangkan ramai pengguna bergantung kepadanya untuk perancangan perjalanan dan maklumat masa sebenar.

“Kami akan segera berhubung dengan penyedia sistem bagi memastikan aplikasi ini dikemas kini tanpa kelewatan supaya pengguna menerima maklumat yang tepat dan terkini,” katanya.

Menurut beliau, pengenalan enam laluan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan LPKP Sarawak dalam meningkatkan akses pengangkutan awam serta menggalakkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan bas.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Gong Xi Raya cerminkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Sarikei
Next: Bekalan RON95 di Bekenu pulih, orang ramai tarik nafas lega

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.