
MARUDI: Setelah enam tahun berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian Bahagian Miri, Hafriz Razak kini berpindah tugas untuk memegang jawatan baharu sebagai Ketua Cawangan Bahagian Tanaman di Ibu Pejabat Kuching.
Jawatan beliau akan diambil alih oleh Pegawai Pertanian Bahagian Miri yang baharu, Chong Mui Sia.
Penguasa Pertanian Daerah Marudi, Sema Lait berkata tujuan majlis tersebut adalah untuk menghargai jasa serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan kakitangan Jabatan Pertanian Marudi dan Miri, di samping memupuk semangat kerja berpasukan yang utuh.
“Dalam pada itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pegawai Pertanian Miri, Hafriz Razak, atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama kakitangan pertanian di Marudi dan Miri.
“Saya juga menggesa semua kakitangan Jabatan Pertanian Marudi dan Miri agar memberikan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada pegawai baharu dalam menerajui Bahagian Pertanian Miri,” katanya pada majlis Jasamu Dikenang di sebuah restoran di sini semalam.
Beliau yakin pegawai baharu tersebut mampu membawa organisasi ke arah kejayaan bersama.
Turut diraikan ialah dua kakitangan, iaitu Thomas Lavong dan Bolkan Adenan, yang akan bersara pada tahun ini.
Dianggarkan lebih 50 kakitangan Jabatan Pertanian Marudi dan Miri serta jemputan lain hadir pada majlis tersebut, yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pertanian Marudi di sebuah restoran di Kampung Cina, semalam.
Oleh Jiku Juguong