Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Kumang Gawai Betong 2026 tawar hadiah juara berjumlah RM10,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan Kumang Gawai Betong 2026 tawar hadiah juara berjumlah RM10,000

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERTANDINGAN Kumang Gawai Betong 2026

BETONG: Semarak sambutan Hari Gawai Dayak 2026 di Bahagian Betong kian terasa apabila pihak penganjur mengumumkan penganjuran Pertandingan Kumang Gawai Betong bagi tahun ini.

Acara yang menjadi tumpuan utama sempena Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong itu bertujuan menjadi platform gah bagi mempamerkan keindahan warisan budaya Iban, khususnya menerusi keanggunan pemakaian busana tradisional atau ‘Ngepan’ yang penuh dengan nilai estetika dan sejarah.

​Menurut kenyataan pihak penganjur, berita gembira ini dikongsikan khusus buat semua peserta yang telah mendaftar, di mana mereka bakal merebut pelbagai hadiah lumayan yang telah disediakan.

Bagi pemenang utama yang bakal dinobatkan sebagai Kumang, ganjaran berupa wang tunai berjumlah RM10,000 menanti beserta trofi, mahkota, bunga jari, selempang, dan sijil penyertaan sebagai pengiktirafan tertinggi.

​Persaingan sengit juga dijangka berlaku bagi merebut gelaran Lulong yang menawarkan wang tunai RM8,000, manakala pemenang tempat ketiga atau gelaran Selinggar Matahari bakal membawa pulang RM6,000.

Selain hadiah utama, pihak penganjur turut menyediakan saguhati buat peserta lain dalam bentuk wang tunai RM1,500 beserta sijil.

Kategori khas turut diperkenalkan bagi menambah seri pertandingan, termasuk anugerah Video Terbaik dengan ganjaran RM500 dan anugerah Pemanah Ngepan bagi peserta dengan busana terbaik yang menawarkan wang tunai RM2,000.

Pertandingan ini akan berlangsung dalam tiga peringkat iaitu saringan awal (9 Mei), separuh akhir (16 Mei) dan pentas akhir pada 23 Mei 2026.

​Bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perjalanan pertandingan ini, pihak urusetia boleh dihubungi menerusi Dasion Janting di talian 011-25142720, Olivia Serembang di 019-8559476, Chang Li Li di 019-8864522, atau Edward Wil di talian 019-4125732.

Pertandingan ini diharap dapat memartabatkan lagi seni budaya masyarakat Iban agar terus dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wellness Hub Sibuti mula operasi esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.