Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelan pembangunan berterusan wujudkan peluang ekonomi untuk rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

Pelan pembangunan berterusan wujudkan peluang ekonomi untuk rakyat

Utusan Sarawak 16 hours ago
KESEPAKATAN…Dr Abdul Rahman bersama Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang hadir pada majlis ramah tamah hari raya aidilfitri di Kampung Berawan Limbang.

LIMBANG: Pembangunan yang sedang dilaksanakan serta dirancang bertujuan menyediakan kemudahan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan pedalaman Sarawak, khususnya di Limbang, digalakkan memanfaatkan pembukaan kawasan baharu serta jaringan perhubungan darat untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Berawan di Dewan Serbaguna Kampung Berawan, malam tadi.

SICILIK…Dr Abdul Rahman turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Seterusnya, Dr Abdul Rahman memaklumkan bahawa hampir semua daripada 46 kampung di kawasan tersebut telah mempunyai jalan raya, kecuali empat kampung yang kini telah diperuntukkan pembinaannya.

Beliau turut menegaskan bahawa projek-projek mega seperti Lebuh Raya Penghubung Sabah-Sarawak (SSLR), Lebuh Raya Pantai Utara dan Lebuh Raya Trans Borneo dijangka menjadi pemangkin utama ekonomi Limbang menjelang 2030, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan.

DEMI MASA DEPAN…Dr Abdul Rahman menyantuni anak-anak kampung yang akan terus dibela oleh kerajaan Sarawak.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Sarawak komited menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk program seperti SKAS serta bantuan tambahan untuk golongan B40 yang akan diumumkan, selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Limbang, Suriani Yussop; Penghulu Yusop Dollah; Ketua Kampung Berawan, Kalong @ Bakar Tembol; Ketua Kampung Bakol, Kassim Adam serta kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dr Abdul Rahman pantau projek RTP di Limbang
Next: Sarawak kukuh dalam SPM 2025, pencapaian terus dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.